ARTIKEL 'KABEL'
RINGKASAN : Artikel ini aku buat atas dasar rasa tidak puas hati terhadap penggunaan 'kabel' (Jalan Belakang) yang sungguh meluas dalam kalangan masyarakat kita hari ini. Ketidaktelusan dalam usaha mendapat sesuatu dengan jalan yang mudah untuk kepentingan peribadi sememangnya tidak adil. Artikel ini telahpun ditebitkan dalam akhbar berita harian bulan Mac, 2003 melalui ruangan pembaca pilihan. Selepas diterbitkan, isu ini mula mendapat maklum balas yang baik dalam kalangan pembaca yang menyokong artikel aku ini.
‘KABEL’ merujuk kepada Kamus Dewan edisi 3 bermaksud dawai besar yang biasanya dibuat daripada beberapa serat dawai yang lebih halus. Dalam satu istilah slanga ‘Kabel’ pula merujuk kepada seseorang individu yang boleh diharapkan untuk menolong atau mendapatkan sesuatu bagi kepentingan individu tertentu dengan cara yang mudah atau turut juga disebut ‘orang dalam’. Kabel dan rasuah suatu istilah yang mempunyai peranan yang hampir sama iaitu mencapai hajat seseorang dengan cara yang tidak betul.

Pada
kebiasaannya, kabel atau orang dalam sanggup menolong untuk membereskan hajat
seseorang yang mempunyai pertalian keluarga, saudara mara serta
kenalan rapat tanpa mendapat apa-apa habuan. Penggunaan kabel untuk mendapatkan
sesuatu hajat bukan lagi perkara baru kerana kegiatan ini sudah lama diguna
pakai tetapi kurang dihebohkan kerana kegiatan ini tidak mengancam keselamatan
negara. Namun begitu, sekiranya
diperhalusi betul-betul, kegiatan sumbang ini mampu menyekat atau
membantutkan pertumbuhan negara berdasarkan kadar guna tenaga yang tidak cekap
dan tidak menepati spesifikasi. Hal ini boleh berlaku dalam sektor awam
mahu pun sektor swasta.
Keadaan
ini jelas terbukti apabila seseorang pemohon pekerjaan itu tidak memiliki
sebarang kelayakan untuk diambil bekerja tetapi telah diambil bekerja atas
bantuan kabel atau orang dalam, sudah tentu akan memberi masalah terhadap
organisasi, ketua jabatan malah negara. Contoh yang jelas, seseorang yang mempunyai rekod jenayah
tetapi dengan menggunakan kabel dia telah diterima bekerja dalam sektor awam,
sudah tentu akan memberi masalah terhadap masyarakat atau jabatan sendiri
lebih- lebih lagi sekiranya jawatan yang dipohon itu melibatkan bahagian
penguatkuasaan.
Pada
kebiasaannya, orang yang berperanan sebagai kabel ini ialah seorang yang
menjawat jawatan yang tinggi dalam organisasi ataupun jabatan, juga mereka yang
berpengaruh seperti wakil rakyat ataupun mereka yang dihormati oleh masyarakat
dan mempunyai gelaran tertentu. Bahkan, Pembantu Am Rendah (PAR) dalam sesuatu
jabatan juga mampu menjadi kabel. Orang-orang yang mempunyai kuasa dan pengaruh
ini mampu mempengaruhi atau memperalat seseorang untuk mencapai hajat seseorang.
Keadaan
ini sekiranya dibiarkan berterusan berlaku, sudah terang lagi bersuluh akan
memberi kepincangan dalam masyarakat. Banyak pihak akan berasa kecewa dan tidak
puas hati dengan peranan yang dimainkan
oleh ‘orang dalam’ ini di samping cuma segelintir saja yang cukup gembira dengan peranan yang dimainkan ini
Sebagai
contoh, sekiranya kouta untuk pengambilan sesuatu pekerjaan sebanyak 3000
kekosongan sahaja untuk diisi dalam sektor awam tetapi yang memohon mencecah
30,000 permohonan, sudah tentu akan mendorong seseorang individu menggunakan
kabel untuk mengisi jawatan yang begitu sengit untuk direbut. Tidak keterlaluan
sekiranya dikatakan 75% kekosongan jawatan yang ditawarkan itu diisi oleh
mereka yang menggunakan kabel atau ‘jalan belakang’. Orang kata “kalau kelapa
tidak dijolok, lambat nak dapat hasilnya”. Bayangkan betapa ramai yang kecewa
dengan keadaan ini. Sudah berapa ramai graduan yang sanggup membakar
segulung ijazah yang diperoleh hasil daripada penat lelah mereka belajar di
universiti akibat begitu kecewa setiap kali menghadiri temuduga, kerana mereka
tahu bahawa hasil temuduga itu pastinya akan berpihak kepada mereka yang
menggunakan kabel.
Kabel bukan sahaja untuk mendapatkan sesuatu
jawatan dalam sektor awam atau swasta bahkan penggunaanya juga turut diperluas
bagi seseorang penjawat awam yang mengimpikan kenaikan pangkat, pertukaran
tempat kerja, cuti belajar bergaji penuh dan segala-galanya. Kalau tidak
menggunakan kabel sudah tertentu orang itu terpaksa melalui karenah birokrasi
yang rumit dan remeh.
Konklusinya,
penggunaan kabel dalam masyarakat kita hari ini begitu meluas dan biasa
diamalkan di mana-mana tempat. Sekiranya kerajaan tidak bertindak membendung
kudis dalam masyarakat ini, dibimbangi boleh memudaratkan dan membantutkan usaha
kerajaan untuk menjadikan negara ini sebagai salah sebuah negara maju.
No comments:
Post a Comment