Assalamualaikum
dan salam sejahtera.
Bertemu lagi
dalam arena kedua untuk membincangkan teknik menjawab kertas dua Bahasa
Melayu. Masa yang diperuntukkan untuk
menjawab bahagian ini ialah selama 2 jam lima belas minit.
Apa yang
terkandung dalam soalan kertas 2 ?
Soalan 1
ialah bahagian rumusan. Bahagian ini cukup senang kerana kamu hanya perlu
mengutip isi-isi penting yang sudah sedia ada dalam petikan. Biasanya setiap
petikan mempunyai sekurang-kurangnya LAPAN isi tersurat tapi kamu perlu
dapatkan cuma ENAM isi sahaja kemudian cantum-cantum menjadi satu rumusan
dengan menggunakan penanda wacana yang sesuai.
Ok.. langkah
pertama, sila baca dulu soalan dan fahami kehendak soalan. Biasanya setiap
soalan ada kata kunci contohnya Usaha-usaha atau langkah-langkah atau
punca-punca atau kesan-kesan dan seumpamanya. Untuk perenggan pertama, hanya
satu baris ayat sahaja tetapi kamu mesti tukar kata kunci tersebut dengan
perkataan yang seerti atau sinonim dengannya. Contohnya..
Soalan :
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan awam dan kesan-kesan usaha tersebut kepada negara.
Contoh
jawapan untuk pendahuluan : Petikan membincangkan langkah-langkah/cara-cara/kaedah-kaedah/tindakan-tindakan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan awam di negara ini. ( 2m)
awak boleh
hafal ayat diatas kerana semuanya sama saja Cuma tukar kata kunci saja. Di negara ini seperti yang saya
gariskan itu wajib ada. Kalau tak ada kurang satu markah. TOLONG JANGAN SAMBUNG
DENGAN ISI TERSIRAT. Kalau kamu sambung
markahnya KOSONG.
Contohnya :
: Petikan membincangkan langkah-langkah/cara-cara/kaedah-kaedah/tindakan-tindakan untuk
meningkatkan mutu perkhidmatan awam di
negara ini dan kesan-kesannya
kepada negara. ( 0 m )
Kemudian
kamu masuk kepada isi-isi TERSURAT. Gunakan penanda wacana dan kata hubung yang
sesuai.
Antara langkah yang boleh diambil ialah ...........(isi 1
)............................Selain itu..............(
isi 2)................................juga merupakan satu langkah. Kaedah seterusnya.........(.isi 3
).................... .. . Usaha lain
lagi yang boleh dilakukan ialah............(isi 4
)......................................Selain
daripada itu kita juga boleh ................(isi 5 )............Akhir sekali .......( .isi 6
)..........
( pelajar sila hafal sarang ini dan kamu perlu masukkan isi dalam sarang
ni saja ( ruang kosong ).
Perenggan 3
( isi tersirat )
Tolong
fikirkan hanya dua kesan / kabaikan kepada negara. Fikirkan yang positif saja.
Kesan yang
diperoleh antaranya dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. Selain itu
kos pengurusan dan perbelanjaan kerajaan dapat dikurangkan.
perenggan 4
( penutup )
Kesimpulannya,
semua pihak perlu/hendaklah/haruslah
.....(rujuk tajuk )....................................agar/supaya/demi...........(nyatakan yang positif untuk
kebaikan semua )....... (2m)
( Calon boleh hafal
ayat penutup kerana semuanya sama )
SOALAN 2 Petikan Pemahaman.
Biasanya
bagi soalan 1 pemahaman, soalan berkisar kepada memberi maksud frasa. Cuba kamu
tukar keseluruhan frasa dengan perkataan yang sama erti/sinonim dengan frasa
tersebut. Cuba buat kalau kamu tidak tahu pun. jangan tinggal kosong. Mana tahu
kot-kot nak dapat markah ‘tersepak’.
Soalan 2
pemahaman biasanya jawapan ada dalam petikan. Kamu kenalpasti ‘kunci soalan’
kemudian cari jawapannya. Kalau kamu tidak yakin, Cuba beri beberapa jawapan agar dalam banyak-banyak
jawapan yang diberi, ada yang betul.
Soalan 3
pemahaman biasanya soalan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif ( KBKK
). Soalan jenis ni sebenarnya ‘makanan’ kerana kamu perlu nyatakan yang positif
dan logik akal. Kamu cuba beri 4 isi yang difikirkan sesuai. TOLONG JANGAN
JAWAB DALAM BENTUK POINT-POINT. Jawab dalam bentuk ayat rumusan.
CONTOH: Pada pendapat anda, ( soalan KBKK ),
apakah bentuk ganjaran yang perlu diberikan kepada penjawat awam yang telah
berkhidmat dengan cemerlang?
Contoh
Jawapan : Antara bentuk ganjaran yang boleh diberikan kepada penjawat awam yang
berkhidmat dengan cemerlang ialah menawarkan kenaikan gaji tahunan. Selain itu,
kerajaan perlu memberi kenaikan pangkat. Ganjaran lain yang boleh diberikan
ialah menawarkan pakej pelancongan atau pakej umrah. Akhir sekali memberi sijil
penghargaan atau anugerah khas.
BAHAGIAN KOMSAS
Biasanya
pelajar-pelajar paling takut bahagian KOMSAS sebab susah hendak faham dan agak
membosankan. Walau bagaimanapun, ada teknik untuk memudahkan pelajar menjawab
soalan ini. Bagi pelajar yang pintar memang tidak ada masalah, tapi saya mahu
fokus kepada pelajar sederhana dan
lemah.
Soalan
kosmas yang disoal adalah sebanyak tiga bahagian iaitu soalan 2(b), 2(c), 2(d).
Tiga bahagian yang disoal memang sukar untuk diramal sama ada sajak, drama,
cerpen, puisi atau prosa klasik. Kemudian, dalam satu-satu bahagian pula amat
luas kerana mungkin komsas dalam tingkatan 4 yang keluar dan tajuk khusus pula
kita tak boleh nak ramalkan. Jadi bagaimana?
OK, sekarang
kita pedulikan tajuk mana dan bahagian mana yang hendak keluar. Yang paling
utama, markah tu tidak boleh kita cicirkan. Kita cuba jawab semua.
Menjadi
kebiasaan dalam sajak yang biasa
ditanya ialah maksud sajak, gaya bahasa, nilai dan pengajaran. Kita cuba kuasai
soalan KBKK iaitu soalan pada pendapat kamu..., Kebiasaannya setiap bahagian
wajib ada soalan KBKK. Kamu jawab seperti jawapan yang saya nyatakan di atas
berdasarkan kata kunci soalan. Jawap yang positif. Kemungkin besar jawapan yang
diberikan itu betul. Ingat !!, Soalan KBKK ni ‘makanan’ kamu.
Kalau cerpen atau drama, fokus kepada latar
masyarakat. Selain itu, beri penekanan kepada watak dan perwatakan. Nilai dan
pengajaran juga kamu perlu kuasai secara sepintas lalu.
Prosa Klasik
memang susah kalau kamu nak faham cerita. Cukup kamu baca sinopsis saja untuk
mengentahui jalan cerita agar senang untuk kamu buat contoh.
Dalam
komsas, biasanya soalan 1 adalah ditanya tentang maksud frasa. Cuba jawab
sperti petua yang saya beri di atas. Soalan 2 pula biasanya berkaitan dengan
petikan teks. Jawapan ada kat dalam petikan. Cari saja kemudian tulis
berdasarkan kehendak soalan. Soalan 3 biasanya soalan KBKK. Hah! itu jangan
kamu biar kosong. Jawab aje apa yang kamu fikirkan positif. Kadang-kadang
soalan KBKK tak perlu bergantung kepada petikan kerana soalan ni meminta
pendapat kita. Beri pendapat kita yang kita fikirkan baik. SELAMAT MENCUBA.
SOALAN 3 :
Pengentahuan dan Kemahiran Bahasa
3 (a) bina ayat: soalan ni biasa pelajar
tinggal kosong kerana pelajar tidak faham maksud perkataan. JANGAN TINGGAL
KOSONG. Cuba kamu buat juga takut-takut dapat markah ‘tersepak’. Bina satu ayat
tunggal yang cukup mudah tetapi biar betul. Tapi perlu diingat, setiap binaan ayat mesti ada subjek dan juga predikat barulah ayat tersebut tidak tergantung dan lengkap.Tak perlu bina ayat
susah-susah. Ingat! setiap perkataan yang diberikan tidak boleh
ditambah dengan imbuhan atau dijadikan peribahasa.
CONTOH :
Kata dasar lama : Bina saja
ayat mudah – Saya suka menyimpan duit lama. atau: Saya tidak boleh lama berada di situ.
Ok.. Untuk
memudahkan kamu, bina saja ayat yang berkaitan dengan kamu atau situasi yang
ada di sekeliling kamu hari-hari berdasarkan kepada kata dasar yang diberi.
INGAT ! BIAR AYAT ‘BODOH’ ASALKAN AYAT BETUL. YANG PENTING 1 MARKAH UNTUK
SETIAP BINAAN AYAT.
3 (b) Menganalisis ayat - asasnya kamu mesti tahu tentang pola binaan ayat dan juga apa subjek dan apa predikat. Antara soalan yang diajukan dalam bahaagian ini biasanya berkaitan dengan cakap ajuk/cakap pindah/ ayat aktif/ayat pasif/ dan sebagainya. Cubalah yang terbaik. Nak fokus pun
susah. Harap soalan yang keluar tu mudah
saja untuk kamu jawab.
3 (c) kenal pasti kesalahan ejaan dan imbuhan. Bahagian ini cukup mudah, kerana senang kesan
kesalahan ejaan dan imbuhan. Kalau ayat
jadi tak gramatis, kat situlah silapnya. Soalan ni macam cari perkataan
tersembunyi saja.
3 (d) kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
kesalahan tatabahasa. Soalan ni juga mudah.
Bisanya kesalahan istilah dan tatabahsa senang dikesan. Kenal pasti
kemudian betulkan.
3 (e) Peribahasa. Pelajar cukup tidak suka
bahagian ini sebab hendak bina ayat berdasarkan peribahasa memang sukar. Sama
juga dengan hendak memberi maksud peribahasa, memang susah sikit tapi kena
banyak rujuk buku atau google. Pelajar mesti rajin berusaha. Tak ada jalan
mudah untuk berjaya.
SOALAN 4 (
NOVEL ). (15 markah )
Untuk soalan
Novel, pelajar MESTI mengentahui jalan cerita setiap novel sama ada Novel PAPA
( ting 4 ) atau novel Konserto Terakhir ( ting 5). Biasanya soalan novel
memerlukan kita menjawab dengan disertai contoh. Setiap peristiwa dalam
kedua-dua novel ini adalah contoh yang boleh diberikan berdasarkan soalan yang
ditanya.
Contoh
soalan : Dalam sesebuah novel, terdapat
peristiwa-peristiwa yang menarik perhatian pembaca. Berdasarkan sebuah novel
yang anda kaji, pilih dua peristiwa yang menarik dan nyatakan sebab peristiwa
itu berjaya menarik perhatian anda.
Contoh
jawapan : Novel yang saya kaji ialah Papa (kahirnya kau tewas jua . Terdapat
banyak peristiwa dalam novel tersebut,
salah satunya ialah Intan Maliana telah mengandung anak kedua. Hal ini
membimbangkan orang-orang yang rapat dengan ibunya kerana ibunya pernah
mengalami komplikasi. Peristiwa ini mendorong pembaca meneruskan pembacaan untuk mengetahui perkara
seterusnya yang akan berlaku kepada Intan Marliana.
Peristiwa
seterusnya ialah Intan Marliana koma selepas melahirkan anak kembarnya akibat
komplikasi yang dihadapinya, Peristiwa ini menunjukkan ketabahan diri papa
mengharungi cabaran untuk menjaga mama yang koma.
Contoh
soalan lain : Berdasarkan buah novel yang anda kaji, huraikan dua latar
masyarakat yang dipaparkan dalam novel tersebut.
Novel yang
saya kaji ialah Papa (akhirnya kau tewas jua ). Antara latar masyarakat dalam
novel tersebut ialah masyarakat yang mementingkan pendidikan dan gigih
berusaha. Hal ini boleh dilihat dengan jelas apabila Intan Juliana begitu rajin
mengulang kaji pelajaran hingga berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM. Selain itu, dalam novel tersebut memaparkan
masyarakat bandar yang bekerja sebagai
pendidik. Hal ini dapat dibuktikan melalui watak Jefri dan Intan maliana yang
merupakan pasangan suami isteri yang tinggal di Kelana Jaya. Jefri merupakan
seorang pensyarah ekonomi di kolej manakala Intan Maliana seorang guru di
Sekolah Seri Gading.
Contoh
Jawapan 2
Novel yang
saya kaji ialah Konserto Terakhir. Antara latar masyarakat dalam novel tersebut
ialah masyarakat bandar yang memandang status dan pangkat. Hal ini jelas
terpapar pada watak Datin Salmah yang memandang hina terhadap Hilmi yang datang
dari kampung dan berpendidikan setakat darjah empat sekolah Melayu. Selain
itu, dalam novel ini juga turut
memaparkan masyarakat yang meminati bidang muzik dan menjadikan muzik sebagai
kerjaya. Hal ini dapat dibuktikan melalui watak Hilmi yang amat meminati muzik
dan berusaha untuk belajar muzik dengan Pak Bakar untuk mencapai cita-citanya.
Masyarakat
bandar yang mengabaikan suruhan agama. Buktikan...
Maknanya,
semua jawapan memerlukan peristiwa sebagai bukti atau contoh. Tidak boleh
tidak.. kamu mesti baca novel ni sekurang-kurangnya baca sinopsis novel kalau
malas sangat nak baca keseluruhan novel.
Satu lagi
petua, kamu kena tengok bentuik soalan nak apa? persoalan ?? nilai??..
pengajaran ??. Ketiga-tiga ni isinya boleh dikatakan hampir sama dan kamu boleh
gunakan ketiga-tiganya untuk jawab dengan syarat.. kata kunci mesti tukar.
Contoh
soalan : Sebuah novel yang menarik banyak
bergantung kepada persoalan yang diutarakan oleh pengarang. Huraikan tiga
persoalan sebuah novel yang telah anda pelajari.
Contoh
jawapan: Novel yang saya kaji ialah PAPA.. (akhirnya kau tewas jua! ) karya
Deana Yusof. Terdapat banyak persoalan yang dipaparkan dalam novel tersebut
antaranya persoalan tentang sikap
simpati sesama rakan setugas. Hal ini dapat dibuktikan apabila rakan Intan
Maliana dan Jeffri hadir untuk menziarahi jenazah bayi yang baru dilahirkan
sebelum bayi kembar tersebut dikebumikan. Selain itu, persoalan tentang persahabatan tanpa mengira keturunan. Hal ini
dapat dibuktikan... (rujuk peristiwa ) Seterusnya, persoalan tentang kepentingan pelajaran dalam diri .. buktinya..
(rujuk peristiwa berkaitan )
Contoh
soalan : Berikan 3 nilai murni yang
terdapat dalam novel yang anda pelajari.
Contoh
jawapan: Novel yang saya kaji ialah PAPA
( akhirnya kau tewas jua! ) karya Deana Yusof. terdapat banyak nilai murni yang
dipaparkan dalam novel tersebut yang boleh kita jadikan panduan antaranya Baik
Hati. Hal ini jelas terpapar dalam keluarga Jefri menerima Mak Cik Noraini yang
menghadapi tekanan jwa akibat suami dan dua orang anaknya meninggal dunia
dengan menjadikan perempuan sebagai pembantu rumahnya. Seterusnya nilai
berdikari, contohnya Julia tinggal di asrama tempatnya belajar di Matrikulasi
UIA kerana keinginannya hidup berdikari tanpa menyusahkan orang lain terutama
kedua ibu bapanya. Kasih sayang, Contoh..., Setia pada sahabat, contohnya......
Simpati, contohnya.....
Contoh
soalan : Berikan tiga pengajaran yang
terdapat dalam novel yang anda pelajari.
Contoh
jawapan : Pendahuluan sama saja seperti di atas. Antara pengajaran yang
terdapat dalam novel PAPA (akhirnya kau tewas jua! ) karya Deana Yusof ialah kita perlu betanggungjawab terhadap
isteri sama ada dalam keadaan susagh atau senang. Contohnya, sebagai seorang
suami, papa telah menjalankan amanahnya dengan menjaga mama yang sedang
koma. Selain itu, kita hendaklah bersimpati terhadap orang lain yang menerima nasib
yang malang. Hal ini dapat dibuktikan apabila rakan Intan Muliana dan Jefri
hadir untuk menziarahi yang meninggal semasa baru dilahirkan. Pangajaran
seterusnya ialah, kita haruslah redha
menerima ketentuan tuhan. Contohnya Papa dan Mama redha dengan nasib malang
yang menimpa mereka. Walaupun kedua anak kembar tidak dapat selamatkan, tetapi
papa dengan mama tetap redha menerimanya. Papa juga redha dengan kematian Intan
Muliana.
Soalan dan jawapan
dipetik dan diubah suai daripada buku Khairuddin Ayip.
Okeylah...
sampai di sini dulu petua yang dapat cikgu kongsikan dengan kamu kerana cikgu
sibuk dengan hal-hal lain. Kalau apa yang cikgu beri ni boleh membantu kamu
yang bakal menghadapi peperiksaan SPM, jangan kedekut untuk dikongsi dengan
rakan-rakan lain yang tidak tahu. Cikgu minta maaf sekiranya apa yang cikgu
bentangkan di ruangan ini ada banyak
salah dan tidak selari dengan apa yang cikgu pusat tusyen kamu ajar. Kamu
ikutlah apa yang kamu rasa betul kerana SEMUA cikgu adalah MANUSIA biasa yang
masing-masing mempunyai kelebihan dan kepakaran tersendiri. Satu lagi, kalau ada banyak kesalahan bahasa yang
dapat kamu kesan, saya minta maaf kerana saya menulis bukan dalam bahasa ilmiah
tetapi dalam bahasa santai saja. Saya pun tidak semak kembali apa yang telah
saya tulis sebab kekangan masa.
TAPI INGAT
!, SEMUA CIKGU MAHUKAN ANAK-ANAK MURIDNYA JADI BIJAK PANDAI. BUKAN JADI
PENYANGAK. SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN. GOOD LUCK. YOU CAN DO IT.
No comments:
Post a Comment